Meh la FOLLOW, tak kan baca saja kot..=)

Thursday, February 23, 2012

Wahai pemuda, tibalah masamu sekarang untuk berubah.

"Pemuda Pengubah Dunia"
Kenapa dengan cogan kata ini? Btol ke ni? Bila pulak cogan ni diuar-uarkan ni? kenapa Perdana Menteri kita tak ulangi sangat benda ni, adakah ni dapat mengubah
nasib dia?akan menjatuhkan jawatan dan kedudukannya sebagai PM?...
Wallahu'alam. Yang pastinya cogan ini bukan hanya disebut dan
direka-reka dan tidak pula diwahyukan Allah SWT kpd siapa-siapa pun. Memang betul la kan,
kalau nak ikot logik akal dan hukum akal manusia yang limited ini, btol la. Kalau kita tengok,
perkhidmatan kerajaan ditawarkan oleh kerajaan kepada orang
muda ataupun kepada yang tua-tua? Tentu sekali golongan pemuda, graduan-graduan universiti, yang mana otak mereka yang diperlukan. Itu pun baru di peringkat kerja, tak lagi di peringkat pemerintahan seumpamanya.

Jika kita menyingkap balik sejarah Penaklukan Kota Constantinople, Cordova oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, yang mana pada ketika itu baginda baru sahaja berumur 24 tahun, sungguh hebat! Itu golongan muda. Jika kita tengok Malaysia sekarang, Kalau lah pemerintah ataupun Sultan-Sultan di setiap negeri dan jugak Agong negara Malaysia ni adalah dari kalangan pemuda, maka segarlah pemerintahan negeri/negara tersebut, Rakyat pun tak bimbang dengan hal keselamatan negeri/negara. Kalau kita ikot saintifik dan kaedah emosional, memang tak ada salahnya kalau kita melantik yang muda-muda menjadi ketua, bukannya yang dari kategori kubur memanggil sangat-sangat. Keyakinan kita memang terserlah apabila ketua ataupun sesebuah persatuan ataupun organisasi. Sebab itu lah nanti bakal kita tengok akan berlaku perubahan terhadap revolusi negara kita ini, malaysia, yang mana akan diterajui oleh golongan muda. Jika kita tengok sekarang pun ustaz-ustaz sekarang pun dari kalangan pemuda, yang mana inilah yang sebenarnya memahami dan mampu menyelami golongan pemuda sekarang . Golongan muda sekarang apabila diselidiki, antara ciri-ciri gah adalah berani, yang mana apabila menetapkan sesuatu keputusan, mereka bertegas dan tetap dengan keputusan muktamad, tetapi tidak kepada yang tua, takut pada ugutan! satu lagi, pemuda pantang dicabar!, memang tak dapat dinafikan dan tidak menjadi isu bahawa pemuda adalah bercirikan suka dicabar dan pantang dicabar. Tetapi kelebihan ini digunakan untuk menonjolkan diri di pentas haram, contonhya lumba haram, test perempuan sexy, mengurat anak dara orang, cabaran untuk menghilangkan dara seseorang dan lain-lain. Ni semua MELALAIKAN! Ayuh pemuda, persiapkan dirimu di jalan Allah SWT, cukup yang lalu kalian lgha/lalai dengan keasyikan dunia. Wahai Golongan muda berdarah panas, kawallah nafsu muda mu itu demi menghasilkan kejayaan, persiapkanlah dirimu dengan ilmu yang cukup!
"Orang Mude Geng Kite".

Itulah antara yang nak dikongsikan, kalau-kalau nak tambah atau nak bertanya, sila hantar comments kalian kat bahagian bawah ini...

No comments:

Post a Comment