Meh la FOLLOW, tak kan baca saja kot..=)

Thursday, May 10, 2012

Isu LOMPAT PARTI dan KECELARUAN dalam parti

By: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Post ini bukan untuk memberitahu bahawa penulis ini lebih arif dan berkuasa dalam memberi pandangan. apa lah sangat post ini dengan gaya penulisan dan pandangan yang dhaif ini. Penulis post ini hanyalah di usia mentah dan kurang matang dalam menafsirkan apa itu POLITIK dan LOMPAT PARTI serta KECELARUAN dam berPARTI POLITIK. Parti POLITIK adalah jemaah tetapi ada juga sesetengah parti politik itu tidak melengkapi ciri-ciri jemaah Islam tetapi memadai bagi kita mengenali apa itu parti POLITIK dan parti POLITIK yang manakah harus kita dokong.

Tak perlulah lagi untuk penulis post ini menyatakan secara lebih jelas tentang parti politik manakah untuk seseorang (kita) memilih dalam konteks Malaysia pada hari ini. Berkenaan dengan tajuk post ini, maka adalah kewajipan untuk penulis yang dhaif ini menerangkan pendapat beliau berdasarkan ilmu-ilmu yang beliau miliki (hanyalah untuk berkongsi bukan untuk mewujudkan fatwa) dan juga berikutan keterlibatan beliau dalam majlis ilmu (Talaqqi, ceramah perdana, ceramah isu semasa, ceramah agama di masjid-masjid dan sebagainya). LOMPAT PARTI, adakah menjadi isu yang penting?, YA. Adakah isu ini baru-baru saja muncul? TIDAK. Maka adlah diketahui umum bahawa majoriti antara kalian sudah pun arif bahkan lebih arif dari penulis yang faqir ilmu ini. Jadi, apa yang penulis nak tekankan di sini adalah adakah mereka (yang LOMPAT PARTI) tergolong dalam kalangan munafiqiin? Hal ini adalah mengikut situasi dan dari mana dia datang (dari parti politik manakah dia muncul dan ke manakah dia nak tergolong?). Mengikut kata-kata ulama' dan ilmu agama, adalah munafiq seseorang itu jika dia menolak perjuangan ISLAM sebagai yang UTAMA dalam berdemokrasi dan berKUASA. Maka sesiapa sahaja yang keluar parti (parti ISLAM), maka di aterdiri daripada golongan munafiqiin. Maka tidak hairan akan situasi ini, kerana sesudah penulis ini mengkaji dan menyelidik apakah punca mereka ini nak lari daripada perjuangan ISLAM, hanyalah satu puncanya yang membawa beribu-ribu akibat dan punca yang minor (yang kecil-kecil), yaitu hanyalah mereka ini kurang paham atau tak paham apa itu perjuangan ISLAM dan kenapakah menjadi WAJIB untuknya tergolongan dalam jemaah ISLAM yang perjuangkan ISLAM dalam sistem harakiyy nya. Punca ini telah membawa banyak kesan sampingan dan punca-punca yang minor lain, antaranya mereka takut untuk berdepan dengan yang bukan ISLAM, mereka takut dengan ancaman, mereka lupa janji Allah (janji pertolongan Allah) kepada mereka yang berjuang di jalan Allah (Jihad fi Sabilillah) dan sebagainya. Telah termaktub dalam sepotong ayat al-Quran:
ng dan menyebelahi mereka. Cukup untuk kita kenal apa itu POLITIK yang sebenar dan mengenali parti politik manakah yang tergolong dalam lingkungan nifaq dan kufur serta syirik. Apa itu nifaq, kufur dan syirik?, nifaq ialah berpura-pura pada Allah SWT iaitu Rabb bagi sekelian alam ini dari segi semua aspek khususnya dalam perjuangan ini (pertahankan kemenangan ISLAM dan membuang ideologi yang merugikan agama; Perjuangkan bangsa melebihi agama), syiirik pula terbahagi kepada dua; syirik jali (syirik yang nampak kelakuannya; sembah berhala)dan syirik khafi (syirik yang kecil; riak, takabbur, 'ujub dan Sum'ah) dan Kufur pula membawa erti menolak Allah dalam hal beberapa perkara dan lebih dahsyat lagi menolak Allah dalam semua perkara termasuklah dari segi aspek keIMANan (Tauhid). Maka ketahuilah, untuk selamat, pilihlah politik yang berasaskan TAUHID kepada Allah secara totaliti tetapi jika tiada peluang untuk memilih parti politik ini, maka adalah harus untuk kita utamakan yang le
bih haqq (parti yang bukan ISLAM tetapi menyokong perjuangan ISLAM dan misinya adalah untuk menegakkan keADILan) daripada memilih parti politik yang berteraskan nifaq (pemimpinnya dalam kalangan ISLAM secara totaliti @ majoritinya tetapi berpura-pura dalam perjuangan dan mereka ini menolak Allah dalam sebahagian hal).

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah nescaya Allah akan menolongmu dan memperteguhkan kedudukanmu"- (Surah Muhammad: 7)

Maka tidak harus dan berdosa pula jika kita meragui akan hal itu. Memang berjuang itu susah dan perit serta harus berkorban masa dan harta serta tanggungjawab tetapi tidakkah kita terfikir bahawa 'Kejamkah Allah menurunkan perintah untuk manusia bagi berjihad dan pertahankan ISLAM di muka bumi ini (bukan hanya mahu keamanan yang dicita tetapi lebih dari itu, yakni tertegaknya kalimah TAUHID di atas muka bumi ini). Adalah perlu bagi kita
sebagai pemimpin gerakan ISLAM ini memutuskan keputusan yang bertepatan dengan ayat-ayat Allah di dalam al-Quran dan Hadits Rasulullah SAW) yakni sama ada member amaran, memberi masa untuk dia mengubah fikiran ataupun melucutkan terus jawatan yang dimilikinya dalam parti politik ISLAM ini (tetapi mestilah harus dilalui dahulu proses perundingan bersama-sama pemimpin-pemimpin dalam gerakan ISLAM tersebut; SYURA) atas kerana mereka ini (pelompat parti; yang dikatakan sebagai 'katak') hanyalah merugikan gerakan ISLAM; PAS dalam memastikan kemenangan berkekalan.

Berkenaan dengan kecelaruan dalam politik pula, bolehlah
kita merujuk pandangan ulama'-ulama' di zaman moden sekarang, seperti Dr Yusuf Abdullah al-Qardhawi.
Beliau mengatakan bahawa tiada masalah untuk kita ta'addud dalam jemaah, yakni membawa maksud dibolehkan untuk kita banyak jemaah ISLAM selagi mana perkara ini tidak merugikan. Akan tetapi in
i soal Fiqh yang mana berubah hukumnya mengikut keadaan semasa dan suasana tempat tersebut. Jika di Malaysia, kita boleh mengikut hukum yang ditetapkan beliau, kerana jemaah ISLAM yang muncul sekarang; IKRAM, ISMA, ABIM, HALUAN dan sebagainya hanyalah menekankan soal tarbiyyah dan bukannya soal untuk mencelarukan parti politik ISLAM yang ada sekarang; PAS. Tetapi berbeza pula dengan hal yang berlaku di sesetengah negara sebelah sana (TIMUR TENGAH) yang mana wujudnya banyak jemaah yang merugikan perjuangan ISLAM dan langkah yang diambil oleh ulama' mereka (di kawasan itu) adalah mengHARAMkan pergerakan banyak parti politik ISLAM. Hal ini terjadi yang mana membuatkan pihak musuh (Kafiriin) menang dalam pilihanraya dan menjadi parti yang memerintah negara tersebut.

Monday, May 7, 2012

Bila dunia keTIADAan Ulama'


 Sekarang kita merasakan Ulama’ lah pengganggu kehidupan dan halangan untuk kita tegakkan apa yang kita nak, kejahatan. Tetapi sebenarnya ulama’ lah yang mencerahkan kehidupan kita. Kerana kehadiran Ulama’ lah kita selamat dari bencana dari Allah sekarang. Allah telah berjanji di dalam al-Quran bahawa Dia tidak sesekali menurunkan Qiamat kepada alam ini jika wujud lagi golongan ulama’dan kanak-kanak. Butakah kita untuk menilai betapa pentingnya kehadiran ulama’ sekarang dari segi keduniaan. Dari segi Akhirat pula, apakah penting kehadiran mereka? MESTILAH kan. Kenapa pula?
      Ulama’ lah yang akan perbetulkan segala apa yang tak betul yang kita lakukan. Adakah orang lain tak boleh perbetulkan segala apa yang kita lakukan? Iye, betul, mereka pun tak mustahil sama sekali dapat menegur dan memperbetulkan apa yang tak betul yang berlaku di depan mata kita tetapi harus kita tahu bahawa apakah mereka boleh menegur dengan apa yang Allah SWT redha? Ini harus ditekankan dalam konteks remaja pada hari ini. Apa yang berlaku? Kes Murtad orang Melayu dan yang paling menyedihkan remaja Melayu. Duit. Apakah penting sangat dengan duit ni? Apakah dengan duit kita boleh mengubah pendirian seseorang? Itulah kenyataan yang berlaku sekarang. Dengan duit, luntur semua ketegasan seseorang, tetapi apakah sama dengan ulama’? Iye, sama, kerana Ulama’ juga manusia yang sentiasa dicucuk-cucuk denga hasutan syaitan bahkan lebih kuat berbanding dengan orang awam (orang yang tidak mempunyai pengetahu ilmu Agama yang lebih). Tetapi terfikirkah kita bahawa adakah Ulama’ tergamak menjual Agama semata-mata kerana dunia (duit)? Ulama’ yang dimaksudkan di sini bukanlah Ulama’ yang takut (Ulama’ suu’) tetapi Ulama’ yang tegas bila berdepan dengan kezaliman yang berlaku. Realiti dunia sekarang sudah membuktikan kata-kata Nabi Muhammad  SAW bahawa akan muncul juga Ulama’ suu’. Dalam konteks artikel ini, tak perlu ditekankan secara jelas dan mendalam tentang apa itu Ulama’ suu’, hanya kalian harus tahu Ulama’ suu’ adalah Ulama’ yang mengkhianati Agama kerana takutkan hukuman yang akan menimpa jika mana mereka menegur kezaliman yang berlaku di depan mata mereka. Berbalik kepada isu golongan yang bijak pandai, jika kita bandingkan dengan Ulama’, Ulama’ lah yang menegur secara jelas dan totally bukannya sepertimana kita (golongan bijak pandai) lakukan apabila kezaliman berlaku. Apabila Agama cakap itu salah, maka Ulama’ terus menjawab dan menyatakan itu salah, dan jika mana Agama cakap itu betul, maka Ulama’ akan menyatakan itu adalah betul. Tiada kompromi yang berlaku. Tetapi berbedakah dengan kita, jika situasi yang sama berlaku? Menurut sejarah yang sahih, suatu ketika dahulu seorang ‘Alim Agama yang mana ilmunya telah menjadi Mazhab yang digunakan di sesetengah kawasan di dunia ini, yakni Imam Abu Hanifah. Beliau meninggal dunia di dalam penjara dan diseksa bertubi-tubi atas kerana ketegasan pendapatnya yang bertentangan dengan pemimpin pada ketika itu. Tetapi akankah benda yang sama kita respon jika berlaku kepada kita? Tentunya sekali tidak, kan? Itulah bezanya Ulama’ dan kita. Di sinilah perlunya Ulama’, bukannya bergantung 100% kepada kita yang menguruskan urusan dunia ini.
       Keduanya, berbalik kepada kes Murtad remaja Melayu di Malysia yang mana tergempar dan mendapat tempat yang amat popular pada tika dahulu. Kerana apa kes ini mendapat tempat? Tidak bukan, hanyalah kerana MELAYU. Melayu-Islam. Itulah ideology yang mana kita yakin dan beri’tiqad dari dahulu hingga sekarang. Dan kerana apakah kes ini berlaku? Tdak lain dan tidak bukan, hanyalah kita tidak mempedulikan kata-kata Ulama’, kerana kit angkuh dan bongkak dengan Ulama’, kerana kita merasakan kita lagi hebat daripada Ulama’. Itulah hakikatnya kita. Ingat, jika mana kita bongkak dan angkuh dengan Ulama’, bermakna kita angkuh dan bongkak dengan Allah dan Nabi-Nabi terdahulu kerana di dalam hadis yang dikumpulkan oleh Ibnu Hajar al-Asqolani bermaksud;

“Ulama’ itu waris para nabi”

Maka, setiap apa yang kita bantah pendapat mereka yang mana dikira dengan dasar Agama, maka bermakna kita menafikan ajaran para nabi terdahulu termasuklah juga kita menafikan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW walaupun kita mendakwa bahawa kita tidaka sama sekali tinggal solat lima waktu dan selalu mengucap dua kalimah Syahadah di akhir solat. Persoalannya, adakah solat dan Syahadah kita itu diterima Allah SWT. Antara yang berlaku di Malaysia pada ketika dahulu, usul dari suara Ketua Pembangkang pada suatu ketika dahulu, Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang (Parlimen Marang) dalam ucapannya yang menyatakan betapa pentingnya kita untuk mencegah gejala Aqidah ini tetapi sejauh manakah pemimpin (Perdana Menteri dan Menteri-menteri) pada ketika itu memikirkan ini adalah kes yang serius? Sejauhmanakah mereka menerima pendapat beliau? Kerana apa mereka menolak? Tidak lain dan tidak bukan, hanya kerana angkuh dan bongkak dengan pendapat Ulama’. Tengok, ternyata apa yang dijangkakan oleh beliau berlaku, kes Murtad hamper setengah juta bangsa Melayu. Setelah itu, tiada lagi istilah Melayu-Islam, yakni orang Melayu mestilah beragama Islam.
      Tugas Ulama’ adalah salah satunya memperbetulkan apa yang salah dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah atas kerana tidak mahu mereka ini didakwa oleh Allah SWT, sepertimana di dalam Hadis Hasan Li Ghairihi;

Dari Hudzaifah ra, ia berkata, “Para pemerintah akan dihadapkan pada hari Kiamat, baik pemerintah yang adil mahupun pemerintah yang zalim, hingga mereka berdiri di jambatan jahannam. Kemudian Allah SWT berfirman: “Tumpuan-Ku berada di pundak kalian.” Maka, pemerintah yang tidak adil dalam keputusannya, menerima suap dalam pengadilannya, dan lebih mendengar (memihak) kepada salah satu dari dua pihak yang bertikai, nescaya ia akan jatuh ke dalam neraka Jahannam selama tujuh puluh tahun. Setelah itu, dihadapkan seseorang pemerintah yang memukul (menghukum) lebih dari hukuman yang ditentukan (dalam syari’at). Allah bertanya: “Mengapa kamu memukul lebih dari yang Aku perintahkan? Ia menjawab: ‘Ya Rabb, aku marah kerana Engkau’. Allah bertanya lagi: ‘Apakah kemarahanmu lebih besar dari kemarahan-Ku?’ Selanjutnya , dihadapkan seorang pemerintah yang terlalu longgar dalam menghukum. Allah bertanya kepadanya: ‘Hai hamba-Ku, mengapa kamu terlalu longgar?’ Ia menjawab: ‘Aku kasihan kepadanya.’ Allah bertanya lagi: ‘Apakah rasa kasihanmu lebih besar daripada ras kasihan-Ku?’ 
(Hadis Riwayat Abu Ya’la, sebagaimana yang disebutkan dalam Kanzul ‘Ammal (VI/14769) ), shahih Hadits Qudsi oleh Syaikh Zakariya ‘Umairat keluaran Pustaka Imam Asy-Syafi’I, muka surat 489.

Dari situ kita dapat lihat betapa pentingnya para Ulama’ untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah di sesebuah negeri (kawasan). Jika tiada mereka, maka pemerintah akan menghukum menurut kata hati dan nafsu mereka (berhukum dengan longgar ataupun terlampau keras.
                                  

Saturday, May 5, 2012

Tonggak kemenangan ISLAM bermula di sini...

By: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Jemaah yang hadir di Masjid Pengadang Baru
yang rata-ratanya terdiri daripada kaum muda
 yang mahukan Agama sebagai tonggak
kehidupan dan panduan politik di negara ini
Tiada yang mustahil bagi Allah untuk membolak balikkan hati manusia ke arah kesesatan atau kebenaran. Inilah realiti yang kita depani pada era kemenangan ISLAM kini.'Geng Mude' pada hari ini merupakan aset yang amat-amat penting, sehinggakan mereka ini diiktiraf oleh semua negara yang mengamalkan demokrasi bahawa golongan mude lah yang menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan di sesebuah negara. Terbukti, di tanah arab baru-baru ini, golongan muda yang berjiwa berani dan ,mahukan PERUBAHAN @ REFORMASI berjaya menggulingkan kerajaan REJIM. Alhamdulillah, REFORMASI tersebut walaupun jauh dari negara ini, Malaysia tetapi kian terasa apabila berita dari kawan ana yang ada di Terengganu sekarang yang hadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus dan Program-program PAS, ternyata golongan pemuda-pemudi adalah penyokong kita (PR).

      Bila lagi kita nak tunggu kaum munafikiin yang bertopengkan haiwan jatuh? maka di sini lah jawapannya. Masihkah kamu ingat pesanan dan galakan Rasulullah SAW untuk kalian berjemaah dalam setiap kali masuknya waktu solat? Inilah jawapannya kenapa solat berjemaah itu amat-amatlah penting. Wahai pemuda ansarullah, jangan kamu lupa pula pada tanggungjawab kalian kepada Allah jika mana ISLAM dah menang nanti, yakni perdalamkanlah ilmu agama dan ilmu Fardhu Kifayah. Di mana kejayaan kita (ISLAM) jika mana ilmu kita tiada. Tiada erti jika ISLAM menang tetapi tampuk pemerintahan terpakasa diberikan kepada yang bukan ISLAM. Tiada ertinya jika mana ISLAM menang, pakar-pakarnya adalah dari kalangan yang bukan ISLAM. Ayuh pemuda (dan pemudi), sahutlah janjimu pada Allah sekarang bahawa kamu sekarang bersiap siaga untuk memegang panji Agama ISLAM ini dengan ilmu, bukannya kerana EGOIS!
Muslimat yang hadir sama

 Sabda Nabi SAW:
" Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"
"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"
"Ulama' itu waris nabi-nabi"

      Maka dengan sebab apakah kita nak tunduk kepada puak munafikiin yang menentang para ulama', adakah mereka itu ulama' yang baik (yang bukannya ulama' suu')? TIDAK sama sekali. Kenyataan ulama' muda UMNO baru-baru ini mempercakapkan dalam satu forum diskusi RTM 1, membawakan sepotong yat al-Quran yang mebicarakan tentang 'Taat kepada pemimpin'. Adakah mereka ini faqih dalam hal itu? Adakah mereka ini mendapat kelulusan dalam kursus Agama dahulu adalah berdasarkan HAFALAN untuk mendapatkan sekeping SIJIL IJAZAH? Kalau itulah hakikatnya, maka tiada guna ilmu yang kamu pelajari, semata-mata untuk menentang perjuangan ISLAM (PAS)! Dalam konteks taat kepada pemimpin, kita harus tahu pemimpin yang manakah yang harus kita ikuti dan pemimpin manakah yang harus kita tentang habis-habisan. Jika aurat isterimu belum lagi sempurna ditutupi, maka tak perlulah kamu membicarakan soal wasatiyyah dan negara ISLAM! Dan begitu juga tak perlulah kamu kami ikuti dan sanjungi.

Sabda Rasulullah SAW:
"Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim"- Hadis riwayat at-Tirmidzi

Doa untuk Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

                                         

Wahai orang-orang yang memiliki walau secebis iman, mohon doakan kesihatan kepada Pembawa roh semangat DAULATKAN ISLAM di Malaysia ini, Tuan Guru Dato' Dr Haron Din. Moga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada kalian semua yang doakan beliau.

Wednesday, May 2, 2012

ISU HARI INI: Skandal Seks Pemimpin pembangkang, antara FITNAH dan KUASA

 By: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

WAJARKAH berPOLITIK KOTOR bagi mengekalkan KUASA?: Sekarang ini, politik KOTOR sudah menjad-jadi dan menjadi asas bagi sesebuah pemerintahan untuk mengekalkan KUASA. Kerana apa? Kerana masing-masing ingin berebut kuasa. Tidak ada hal lain, hanya dengan politik kotor! Akankah mereka bertahan dengan berpolitik kotor ini? Akankah mereka berasa benda ini akan buatkan anak-anak remaja sekarang berasa ingin nak buat walau berita ini tak tepat? Bodohkah berita-berita yang menyiarkan gambar-gambar lucah seakan-akan negara Malaysia pada hari ini semacam negara Yahudi. Allahurabbi, mengapakah keadaan ini berlaku. Teruk sangatkah POLITIK jika kita menghayati dan ceburinya?

      Jika kita kaji sejarah zaman-zaman dahulu pun, pemimpin munafiq ataupun pemimpin yang rakuskan kuasa tanpa memikirkan akibatnya, memang FITNAH dan ISU-ISU KOTOR yang mana tak bertepatan pun sama kali akan kebenarannya. Pada zaman pemerintahan Imam Syafie sebagai Kadi pun, beliau difitnah oleh pemimpin di kawasan itu kerana kuasa dan aktiviti jahatnya takut disebar luas oleh Imam Syafie. Begitulah sketsa POLITIK pada hari ini yang tidak ada kurang bezanya dengan pemerintahan dan sistem POLITIK pada zaman dahulu. Sudah menjadi adat dan WAJIB bagi yang memerintah (ZALIM) akan memFITNAH seseorang yang baik untuk menyingkirkan beliau sebagai pemimpin yang mana akan mengganggu gugatkan kuasanya sebagai pemerintah. Harus diingat bahawa orang yang gulingkan itu dengan dasar keZALIMan, kamu akan dipersoalkan Allah di kahirat kelak dan orang yang digulingkan itu akan dibangkitkan denga kesejahteraan di akhirat kelak, mereka akan dapat nikmat syurga tetapi kamu mendapat azab neraka, itukah yang kamu nak?
 
      Persoalan yang sering tertanya-tanya di sini, adalah mengapa perlu kita mengguna medium lucah untuk menjatuhkan seseorang? Tidak ada ke cara lain? Ingat, orang yang beriman akan diangkat oleh Allah dengan kemuliaan, yakni dengan cara yang BERSIH, bukannya dengan nama yang KOTOR. Lihatlah sekarang, seseorang pemimpin yang diangkat dengan cara KOTOR macam mana persepsi rakyat terhadapnya. Lupakah kita pada kisah keagungan sistem pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz pada suatu ketika dahulu? Ingat, pemimpin yang baik akan tinggalkan nama yang baik dan dengan penghargaan yang baik oleh rakyatnya. Ingatlah akan hal itu, wahai pemuda yang ingin menjadi pemimpin pada masa akan datang.

      Persoalan berikutnya, adalah beranikah mereka (pembuat FITNAH) memfitnah pemimpin PAS? Kenapa tidak? Inilah persoalan yang kita harus selidik. Ingat, sekarang PKR sahaja yang diskandalkan dengan benda-benda KOTOR, adakah pemimpin-pemimpin PKR iti berlatarbelakngkan dengan latar belakang yang KOTOR?TIDAK sama sekali, memang mereka kebanyakanya dari UMNO/BN, tetapi mereka sudah INSAF dan mencari kebenaran yang sahih. Harus diingat juga, setelah mendapat hidayah dan membuat perkara dengan yang betul maka Allah akan melindunginya dari FITNAH. Inilah juag yang dikatakan FITNAH DAJJAL yang muncul di akhir zaman. Harus Diingat juga mengapa PAS tidak difitnah denag FITNAH yang KOTOR. Mungkin juga mereka tak berani dan ini juga kerana mereka tahu PAS tak boleh ditumbangkan dengan cara KOTOR kerana rakyat tahu apa yang diperjuangkan PAS (yakni perjuangan ISLAM) adalah tepat dan Allah redha serta Allah akan melaknat balik orang tersebut bagi yang memfitnah seseorang yang sentiasa taqarrub dengan Allah SWT.

Ingatlah bahawa orang yang beriman dan yang sentiasa bertaqarrub pada Allah akan sentiasa dilindungi Allah dari sebarang kedhaifan yang keaibannya dari tersebar luas. Orang yang beriman akan sentiasa diagungkan, bukan yang MUNAFIQ dan yang MELAWAN ALLAH SWT.

Lagi skandal seks

Betolkah keadaan ini?
<data:post.body/>