![]() |
Jemaah yang hadir di Masjid Pengadang Baru yang rata-ratanya terdiri daripada kaum muda yang mahukan Agama sebagai tonggak kehidupan dan panduan politik di negara ini |
Bila lagi kita nak tunggu kaum munafikiin yang bertopengkan haiwan jatuh? maka di sini lah jawapannya. Masihkah kamu ingat pesanan dan galakan Rasulullah SAW untuk kalian berjemaah dalam setiap kali masuknya waktu solat? Inilah jawapannya kenapa solat berjemaah itu amat-amatlah penting. Wahai pemuda ansarullah, jangan kamu lupa pula pada tanggungjawab kalian kepada Allah jika mana ISLAM dah menang nanti, yakni perdalamkanlah ilmu agama dan ilmu Fardhu Kifayah. Di mana kejayaan kita (ISLAM) jika mana ilmu kita tiada. Tiada erti jika ISLAM menang tetapi tampuk pemerintahan terpakasa diberikan kepada yang bukan ISLAM. Tiada ertinya jika mana ISLAM menang, pakar-pakarnya adalah dari kalangan yang bukan ISLAM. Ayuh pemuda (dan pemudi), sahutlah janjimu pada Allah sekarang bahawa kamu sekarang bersiap siaga untuk memegang panji Agama ISLAM ini dengan ilmu, bukannya kerana EGOIS!
![]() |
Muslimat yang hadir sama |
Sabda Nabi SAW:
" Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"
"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"
"Ulama' itu waris nabi-nabi"
Maka dengan sebab apakah kita nak tunduk kepada puak munafikiin yang menentang para ulama', adakah mereka itu ulama' yang baik (yang bukannya ulama' suu')? TIDAK sama sekali. Kenyataan ulama' muda UMNO baru-baru ini mempercakapkan dalam satu forum diskusi RTM 1, membawakan sepotong yat al-Quran yang mebicarakan tentang 'Taat kepada pemimpin'. Adakah mereka ini faqih dalam hal itu? Adakah mereka ini mendapat kelulusan dalam kursus Agama dahulu adalah berdasarkan HAFALAN untuk mendapatkan sekeping SIJIL IJAZAH? Kalau itulah hakikatnya, maka tiada guna ilmu yang kamu pelajari, semata-mata untuk menentang perjuangan ISLAM (PAS)! Dalam konteks taat kepada pemimpin, kita harus tahu pemimpin yang manakah yang harus kita ikuti dan pemimpin manakah yang harus kita tentang habis-habisan. Jika aurat isterimu belum lagi sempurna ditutupi, maka tak perlulah kamu membicarakan soal wasatiyyah dan negara ISLAM! Dan begitu juga tak perlulah kamu kami ikuti dan sanjungi.
Sabda Rasulullah SAW:
"Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim"- Hadis riwayat at-Tirmidzi
No comments:
Post a Comment