Sekarang kita merasakan Ulama’ lah pengganggu
kehidupan dan halangan untuk kita tegakkan apa yang kita nak, kejahatan. Tetapi
sebenarnya ulama’ lah yang mencerahkan kehidupan kita. Kerana kehadiran Ulama’
lah kita selamat dari bencana dari Allah sekarang. Allah telah berjanji di
dalam al-Quran bahawa Dia tidak sesekali menurunkan Qiamat kepada alam ini jika
wujud lagi golongan ulama’dan kanak-kanak. Butakah kita untuk menilai betapa
pentingnya kehadiran ulama’ sekarang dari segi keduniaan. Dari segi Akhirat
pula, apakah penting kehadiran mereka? MESTILAH kan. Kenapa pula?
Ulama’
lah yang akan perbetulkan segala apa yang tak betul yang kita lakukan. Adakah
orang lain tak boleh perbetulkan segala apa yang kita lakukan? Iye, betul,
mereka pun tak mustahil sama sekali dapat menegur dan memperbetulkan apa yang
tak betul yang berlaku di depan mata kita tetapi harus kita tahu bahawa apakah
mereka boleh menegur dengan apa yang Allah SWT redha? Ini harus ditekankan
dalam konteks remaja pada hari ini. Apa yang berlaku? Kes Murtad orang Melayu
dan yang paling menyedihkan remaja Melayu. Duit. Apakah penting sangat dengan
duit ni? Apakah dengan duit kita boleh mengubah pendirian seseorang? Itulah
kenyataan yang berlaku sekarang. Dengan duit, luntur semua ketegasan seseorang,
tetapi apakah sama dengan ulama’? Iye, sama, kerana Ulama’ juga manusia yang
sentiasa dicucuk-cucuk denga hasutan syaitan bahkan lebih kuat berbanding
dengan orang awam (orang yang tidak mempunyai pengetahu ilmu Agama yang lebih).
Tetapi terfikirkah kita bahawa adakah Ulama’ tergamak menjual Agama semata-mata
kerana dunia (duit)? Ulama’ yang dimaksudkan di sini bukanlah Ulama’ yang takut
(Ulama’ suu’) tetapi Ulama’ yang tegas bila berdepan dengan kezaliman yang
berlaku. Realiti dunia sekarang sudah membuktikan kata-kata Nabi Muhammad SAW bahawa akan muncul juga Ulama’ suu’.
Dalam konteks artikel ini, tak perlu ditekankan secara jelas dan mendalam
tentang apa itu Ulama’ suu’, hanya kalian harus tahu Ulama’ suu’ adalah Ulama’
yang mengkhianati Agama kerana takutkan hukuman yang akan menimpa jika mana
mereka menegur kezaliman yang berlaku di depan mata mereka. Berbalik kepada isu
golongan yang bijak pandai, jika kita bandingkan dengan Ulama’, Ulama’ lah yang
menegur secara jelas dan totally bukannya sepertimana kita (golongan bijak
pandai) lakukan apabila kezaliman berlaku. Apabila Agama cakap itu salah, maka
Ulama’ terus menjawab dan menyatakan itu salah, dan jika mana Agama cakap itu
betul, maka Ulama’ akan menyatakan itu adalah betul. Tiada kompromi yang
berlaku. Tetapi berbedakah dengan kita, jika situasi yang sama berlaku? Menurut
sejarah yang sahih, suatu ketika dahulu seorang ‘Alim Agama yang mana ilmunya
telah menjadi Mazhab yang digunakan di sesetengah kawasan di dunia ini, yakni
Imam Abu Hanifah. Beliau meninggal dunia di dalam penjara dan diseksa
bertubi-tubi atas kerana ketegasan pendapatnya yang bertentangan dengan
pemimpin pada ketika itu. Tetapi akankah benda yang sama kita respon jika
berlaku kepada kita? Tentunya sekali tidak, kan? Itulah bezanya Ulama’ dan
kita. Di sinilah perlunya Ulama’, bukannya bergantung 100% kepada kita yang
menguruskan urusan dunia ini.
Keduanya, berbalik kepada kes Murtad remaja Melayu di Malysia yang mana
tergempar dan mendapat tempat yang amat popular pada tika dahulu. Kerana apa
kes ini mendapat tempat? Tidak bukan, hanyalah kerana MELAYU. Melayu-Islam.
Itulah ideology yang mana kita yakin dan beri’tiqad dari dahulu hingga
sekarang. Dan kerana apakah kes ini berlaku? Tdak lain dan tidak bukan,
hanyalah kita tidak mempedulikan kata-kata Ulama’, kerana kit angkuh dan
bongkak dengan Ulama’, kerana kita merasakan kita lagi hebat daripada Ulama’.
Itulah hakikatnya kita. Ingat, jika mana kita bongkak dan angkuh dengan Ulama’,
bermakna kita angkuh dan bongkak dengan Allah dan Nabi-Nabi terdahulu kerana di
dalam hadis yang dikumpulkan oleh Ibnu Hajar al-Asqolani bermaksud;
“Ulama’
itu waris para nabi”
Maka, setiap apa yang kita bantah pendapat mereka
yang mana dikira dengan dasar Agama, maka bermakna kita menafikan ajaran para
nabi terdahulu termasuklah juga kita menafikan ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW walaupun kita mendakwa bahawa kita tidaka sama sekali tinggal
solat lima waktu dan selalu mengucap dua kalimah Syahadah di akhir solat.
Persoalannya, adakah solat dan Syahadah kita itu diterima Allah SWT. Antara
yang berlaku di Malaysia pada ketika dahulu, usul dari suara Ketua Pembangkang
pada suatu ketika dahulu, Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang (Parlimen Marang)
dalam ucapannya yang menyatakan betapa pentingnya kita untuk mencegah gejala
Aqidah ini tetapi sejauh manakah pemimpin (Perdana Menteri dan Menteri-menteri)
pada ketika itu memikirkan ini adalah kes yang serius? Sejauhmanakah mereka
menerima pendapat beliau? Kerana apa mereka menolak? Tidak lain dan tidak
bukan, hanya kerana angkuh dan bongkak dengan pendapat Ulama’. Tengok, ternyata
apa yang dijangkakan oleh beliau berlaku, kes Murtad hamper setengah juta
bangsa Melayu. Setelah itu, tiada lagi istilah Melayu-Islam, yakni orang Melayu
mestilah beragama Islam.
Tugas
Ulama’ adalah salah satunya memperbetulkan apa yang salah dan kezaliman yang
dilakukan oleh pemerintah atas kerana tidak mahu mereka ini didakwa oleh Allah
SWT, sepertimana di dalam Hadis Hasan Li Ghairihi;
Dari
Hudzaifah ra, ia berkata, “Para pemerintah akan dihadapkan pada hari Kiamat,
baik pemerintah yang adil mahupun pemerintah yang zalim, hingga mereka berdiri
di jambatan jahannam. Kemudian Allah SWT berfirman: “Tumpuan-Ku berada di
pundak kalian.” Maka, pemerintah yang tidak adil dalam keputusannya, menerima
suap dalam pengadilannya, dan lebih mendengar (memihak) kepada salah satu dari
dua pihak yang bertikai, nescaya ia akan jatuh ke dalam neraka Jahannam selama
tujuh puluh tahun. Setelah
itu, dihadapkan seseorang pemerintah yang memukul (menghukum) lebih dari
hukuman yang ditentukan (dalam syari’at). Allah bertanya: “Mengapa kamu memukul
lebih dari yang Aku perintahkan? Ia menjawab: ‘Ya Rabb, aku marah kerana
Engkau’. Allah bertanya lagi: ‘Apakah kemarahanmu lebih besar dari
kemarahan-Ku?’ Selanjutnya
, dihadapkan seorang pemerintah yang terlalu longgar dalam menghukum. Allah
bertanya kepadanya: ‘Hai hamba-Ku, mengapa kamu terlalu longgar?’ Ia menjawab:
‘Aku kasihan kepadanya.’ Allah bertanya lagi: ‘Apakah rasa kasihanmu lebih
besar daripada ras kasihan-Ku?’
(Hadis Riwayat Abu
Ya’la, sebagaimana yang disebutkan dalam Kanzul ‘Ammal (VI/14769) ), shahih
Hadits Qudsi oleh Syaikh Zakariya ‘Umairat keluaran Pustaka Imam Asy-Syafi’I,
muka surat 489.
Dari situ kita dapat lihat betapa pentingnya para
Ulama’ untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah di sesebuah negeri
(kawasan). Jika tiada mereka, maka pemerintah akan menghukum menurut kata hati
dan nafsu mereka (berhukum dengan longgar ataupun terlampau keras.
No comments:
Post a Comment