Meh la FOLLOW, tak kan baca saja kot..=)

Sunday, February 3, 2013

Pengalaman lepas kini berulang.


Tidak logic di akal

“Kamu menentang kerajaan, kamu pergilah duduk di luar Negara…”
Kata-kata ini begitu merangsang minda ini untuk berfikir mengapa perlu diluahkan kata-kata ini daripada orang yang tak bertanggungjawab. Langsaikan saja alasan untuk kata-katamu itu. Sudah semestinya mereka ini daripada kalangan yang lowly educated group, yang mana tidak memiliki tahap pemikiran yang tinggi dan tak punyai daya saing yang tinggi. Mereka inilah juga mudah dipijak kepalanya akibat daripada pemikiran yang cetek. Memang ternyata kajian baru-baru ini oleh seorang professor (lupa namanya) bahawa penyokong kerajaan sekarang (BN) adalah majoritinya dari kalangan yang berpendidikan bawah daripada level SPM, manakala penyokong PR pula adalah majoritinya dari kalangan yang berpendidikan atas daripada level SPM. Persoalan pertama harus mereka tahu, mengapa harus mereka ungkapkan kata-kata begini? Negara kita ini Negara ‘kuku besi’ ke?
      Ingin ana (pada usia 15tahun; tahun menduduki PMR 2007) berkongsi cerita suatu tika dahulu ana diherdik dengan nada keras daripada kawan ana sendiri. Herdiknya, ‘Kalau tak puas hati dengan kerajaan, duduk Negara lain la!’. Dalam diri hanya bersabar dan berfikir kenapakah dia sanggup melontarkan kata-kata sebodoh demikian rupa. Ternyata dia tak faham apa itu DEMOKRASI. Pada awalnya dia yang ajak berdiskusi tetapi malangnya dia jugalah yang ajak bertikam lidah dan herdik-mengherdik pula. Alhamdulilah, kini dia penyokong PR yang tegar. Mohon hidayah dan taufiq yang sentiasa kepadanya, amin ya Rabb.
     Harus dan dikira wajib atas mereka mengetahui apakah perlunya menghayati makna DEMOKRASI. Mereka yang dahulunya menerima system secular hasil daripada penjajah tetapi malangnya mereka juga yang sesat dalam memahami makna DEMOKRASI. Cukup hanya memahami makna DEMOKRASI, mereka tak layak mengatakan begitu. Semestinya mereka yang harus dicampak ke luar Negara ini kerana tak faham prinsip DEMOKRASI. Iye, sudah semestinya sesebuah kerajaan dikritrik disebabkan kelemahan-kelemahan yang dilakukan. Sudah difahami oleh majority penduduk Negara ini bahawa tiada yang sempurna di dalam kehidupan ini, melainkan Allah dan Rasul-Nya saja. Jadi, harus diterima dengan dada yang lapang terbuka. Sedangkan Saidina Umar al-Khattab RA yang tersohor dengan kelantangan suaranya ketika bengis kemarahan pada sebelum dirinya dilantik sebagai Khalifah yang kedua dan selalu diangkat pedang ketika marahnya membara pun tunduk pada suatu ketika dirinya dikritik biarpun kritikan itu disebabkan salah faham antara Panglima perang Salman al-Farisi dan Saidina Umar al-Khattab RA.  Dikisahkan bahawa ketika khutbah Saidina Umar al-Khattab RA nak bermula, bangunlah Panglima perang Salman al-Farisi lalu berkata, ‘Aku tak mahu dengar khutbahmu sebelum kamu terangkan sesuatu.’ Lalu dialu-alukan oleh Saidina Umar al-Khattab RA, lantas diajukan satu soalan oleh Panglima perang Salman al-Farisi, ‘Bagaimana mungkin kamu mendapati lebih 1meter (mungkin juga 2meter) kain hasil daripada rampsan perang sedangkan kami hanya mendapati 1meter (mungkin juga 2meter)?’. Saidina Umar al-Khattab RA terpaku seketika dan lantas anaknya, Abdullah ibnu Umar bangun dan berkata, ‘Sungguh ayahku ini besar badannya dan tak mencukupi baginya 1meter (mungkin juga 2meter), tetapi aku menghadihkannya 1meter lagi untuknya’. Terus saja Panglima perang Salman al-Farisi mengakui dan duduk mendengarkan khutbah yang disampaikan oleh Saidina Umar al-Khattab RA. Daripada kisah ini, adakah seseorang rakyat bangun kerana mahukan jawapan dan keterangan yang jelas daripada seseorang pemimpin (atau wakilnya) dikira sebagai menderhaka pada tahap yang kritikal? Mereka adalah silap dalam mentafsirkan DERHAKA dan DEMOKRASI. Bukan hanya sekadar istilah DEMOKRASI mereka tak faham, tetapi ditambah lagi dengan istilah DERHAKA.
      Kesilapan demi kesilapan yang mereka lakukan hanya sekadar istilah dan makna di sebalik istilah itu mereka tak faham. Itu silap mereka. Dan bagi kita yang menzahirkan kecintaan kepada agama dan Negara ini, harus diingat, setiap perlakuan kita mestilah berlandaskan kepada al-Kitab (al-Quran), ikutan daripada Baginda SAW dan perundangan negara agar diri tak tertipu dengan segala agenda ugutan dan kata-kata bisu (dari segi maknanya). 

No comments:

Post a Comment