Meh la FOLLOW, tak kan baca saja kot..=)

Sunday, February 3, 2013

Hebatnya penjajah meninggalkan kesan ke dalam pemikiran students sekarang.


“Hebatnya penjajah meninggalkan kesan jajahannya ke dalam pemikiran kita sekarang”- kata ustaz di dalam satu kem jati diri.
Tanpa sedar dan tanpa diduga, mahu perjuangkan perjuangan ilmu, akhlak, dan tarbiyyah dan tak mahu libatkan diri dalam POLITIK semasa di university. Entah mahu tidaknya mahu sertai mana-mana gerakan parti politik pun padanya tidak penting. Inikan pula nak ambil tahu tentang perkembangan semasa POLITIK khususnya, jauh langit dan bumi kemahuannya diketepikan. Come on, kawan. Kita bukan lagi di zaman dahulu yang mana sentiasa dihimpit oleh satu kongkongan kuasa yang melampau; yang mengekang jiwa pemuda siswa untuk melibatkan diri dalam politik. Tanya kepada, jika mereka benar, mengapa ingin mengekang lagi minda mahasiswa/siswi? Adakah takut mereka lalai dengan POLITIK? Adakah takut mereka bangkit? InsyaAllah dengan bekalan sedikit ilmu yang ana ada ini, ana akan mengupas sedikit demi sedikit apa yang membuatkan mereka ingin selalu mengekang minda mahasiswa/siswi dalam penglibatan POLITIK suatu ketika dahulu. Dan juga ana akan nyatakan apa yang kita perlu buat untuk masa sekarang. Apa yang penting di sini ana ingin tekankan betapa pentingnya Haq yang dipertahankan dengan Haq.
      Persoalan mereka mahu mengekang minda pelajar-pelajar Universiti daripada melibatkan diri dalam POLITIK ini adalah isu yang besar yang mana membawa kepada satu kebangkitan dan anjakan paradigma oleh para pelajar jika mereka teruskan lagi usaha ini. Oleh sebab itulah kita dapat lihat kebelakangan ini ada sedikit keterbukaan daripada mereka (BN) dalam menilai isu ini.
“Pelajar sekarang sudahpun matang, maka kita member keterbukaan dalam berpolitik”
Inilah kata-kata yang masih segar di ingatan selepas sahaja diuar-uarkan dalam media bahawa pelajar diberikan keterbukaan dalam berpolitik, biarpun sekarang masih lagi ada usaha mengekang minda pelajar-pelajar Universiti dalam berpolitik.
      Alasan yang mungkin menjadi jawapan mengapa mereka tidak memberikan ruang untuk berpolitik adalah mereka takut para pelajar lalai di arus politik. Mungkin betul dan mungkin ini sebagai helah yang mana boleh diketepikan. Mengapa ana berkata demikian? Yang pertama, mungkin betul sebabnya para pelajar terasyik leka dengan gerakan politik jika diberikan ruang berpolitik; politik entah ke mana dan pelajaran entah ke mana. Tetapi terfikirkah kita, mana lebih melalaikan antara hiburan dan politik? Tengok sajalah para pelajar sekarang asyik terleka dengan hiburan dan selalu disajikan konsert-konsert untuk (kononnya) mendamaikan jiwa mereka dan sebagai rehat minda setelah bertungkus lumus dalam pelajaran. Harus kita teliti yang mana lebih mengghairahkan hati pelajar yang mana akhirnya akan menggelojakkan jiwa untuk terpesong akhlaknya. Yang kedua, mungkin tidak sebabnya ini hanya sekadar alas an yang mana sudah sekian maklum daripada pengorbanan para pelajar dari Timur Tengah lah duatu tika dahulu yang Berjaya melumpuhkan kuasa penjajah yang akhirnya membuahkan kemerdekaan Negara. Mereka sebenarnya takut Negara dimerdekakan sekali lagi (kemerdekaan minda dan jiwa yang sempit), itu saja alas an yang sebetulnya.
      Yang sebenarnya mereka lebih takutkan kebangkitan. Lupakah kalian tentang gerakan hasil daripada dua tokoh pelajar ini; Sheikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani yang merasakan diri merek bertanggungjawab  untuk mengislahkan rakyat Tanah Melayu suatu tika dahulu? Satu persoalan lain yang mungkin menjadi titik persoalan, mengapa mereka tidak disanjung-sanjung bila tiba masa hari ulang tahun kemerdekaan Negara pada setiap tahun? Mengapa jasa UMNO saja ditonjol-tonjolkan? Adakah mereka ini tidak punyai hak untuk ditonjolkan di kaca TV?
      Bangkitlah, wahai sahabat sekalian. Hanya haqq dipertahankan haknya. Apa hak kita jika kita tak bangkitkan? Adakah kalian tahu apa hak kalian jika kalian tak bangkit? Bangkutlah dahulu, sudah pasti kalian akan tahu apa hak kalian! Sudah-sudah lah kalian dengan  buaian kelalaian oleh mereka. Mereka hanya melalaikan kita sebagai pemuda yang tengah asyik dengan dunia ini. Usah takut lagi pada bayang yang entah betul tidaknya kebenarannya.  Ugutan mereka itulah bayangnya! Berpolitiklah jika kalian rasa kalian mampu. Jika tidak mampu, cukuplah sekadar ambil tahu dan ambil tindakan (tidak bersetuju; tak pangkah) terhadap mereka. Jangan menjadi dungu dengan baying!. Be independent, so that you’ll be an independent person. 

No comments:

Post a Comment