Meh la FOLLOW, tak kan baca saja kot..=)

Sunday, November 25, 2012

Bagaimana mungkin kita mahu memerintah jika ilmu kita tidak tawan

Alhamdulillah, setelah selesai mengikuti program bersama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) di berhadapan Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota 1, Kuantan, banyak input yang kami dapati. Tetapi dalam post ni agak terkeluar banyak dari apa yang dibincangkan (melalui forum), yaitu apakah bentuk persiapan yang perlu kita lakukan untuk kali ini, khususnya persiapan dalam bentuk ilmu. Semacam tadi, Ustaz dan kakak jemputan (sebagai ahli panel forum) membincangkan pasal akhlaq dan suasana remaja hari ini, lantas juga hiburan anak-anak muda sekarang dan bagaimana kita meraikannya.

Menyentuh sedikit berkenaan tadi, Ustaz mengeluarkan idea yang biasa kita dengar tetapi mendalam lagi maksudnya. Katanya, tiada apa yang dilarang oleh Islam melainkan jika ada yang haram menyelaputi hiburan tersebut. Tadi telah pun mereka berjaya membuktikan bahawa hiburan dalam Islam tidaklah begitu rigid dan menekan ummatnya, melalui tayangan perlawanan bola sepak piala Suzuki. Amatlah indah ana tengok jika dibandingkan dengan cara tayangan di kedai-kedai makan sebelah. Jika di tempat tayangan kami mengsingkan tempat makan lelaki dan perempuan, kenapa tidak mereka di kedai makan kat sebelah sana yang mana mencampurkan jantina secara rambang, tiada unsur penegasan di situ. dari sudut nilai inilah kita dah dapat tahu bahawa orang Melayu Islam sekarang tiada lagi nilai penghayatan Islam. Iye, boleh kita sama-sama saksiakan perlawanan tetapi di manakah usaha kita bagi mengelakkan salah laku anak muda sekarang menerusi cara yang salah ini. Isu perempuan bertudung dan menutup aurat juga disentuh dalam perbincangan forum tadi. Yakni mengikut kata-kata Ustaz tadi, 'Seluruh tubuh badan perempuan adalah suatu tarikan buat yang lain (lelaki amnya)'. Disebabkan itulah ajaran Islam dari awal lagi menekankan konsep 'Perevention is better than cure'. Dalilnya, dalam al-Quran Allah menyebut "Janganlah kamu menjauhi zina..." Dan banyak lagi komentar-komentar yang diberi oleh ustaz berkenaan remaja dan anak muda hari ini.

Satu pendapat yang ana cukup tertarik, yaitu "Pada waktu sekarang ni kita kena make sure semua semua perempuan bertudung dan tutup aurat, ikutlah nak bertudung macam mana pun dan nak lilit banyak mana pun sehingga dapat letak biji buah atas kepala"
Huaraian: "Yang saya tak nak nya bila mana perempuan yang berjilbab labuh merendahkan level (yang terbaiknya sekarang) kepada yang lebih bawah level". Maksudnya, yang dah cantik pemakaian muslimahnya sekarang janganlah sampai macam perempuan yang mula-mula berjinak dengan tudung (tutup aurat).

Berkenaan tajuk post ni (setelah tersentuh banyak pasal event tadi), ana dapat simpulkan satu kesimpulan yang mana apakah reflection kita sebagai mad'u (pendengar) sebentar tadi? Relevenkah kita untuk hanya berdiam dan tiada penyesalan diri? Jadi, di sini ana mahu nyatakan apakah yang perlu kita lakukan untuk MEMERINTAH NEGARA Malaysia ini dengan professional dan jauh lebih baik daripada UMNO/BN. Fokus utama yang perlu kita perlu lakukan adalah ILMU. Sekian sedia kita maklum bahawa ilmu itu amatlah perlu dalam mentadbir negara. Sedangkan ayat yang pertama Malaikat Jibril menyampai wahyu kepada Baginda SAW adalah berkenaan ILMU.

"Bacalah..." (Surah al-Alaq: 1)

Maka di sini kita perlu menekankan betul-betul akan apa fokusnya sekarang. Tiada ilmu, tiadalah perubahan positif yang kamu impikan. Setelah pemerhatian khusus ana pada sesebuah pemerintahan yang jatuh sekarang adalah berpunca daripada tiada penerapan unsur-unsur ilmu di kalangann rakyat mereka (yang jahil). Tetapi berbeza pula pada rakyat yang bangkit (lakukan perubahan), mereka bangkit kerana ilmu, yang mana akhirnya mereka dapat tumbangkan pemerintah jahil tersebut.

"Tiada kemajuan jika kita hanya memfokuskan tentang bagaimana nak tumbangkan sesebuah kerajaan yang ZALIM itu, tetapi fokus berikutnya yang paling penting adalah setelah berlakunya keruntuhan mereka, apakah pengikutku ini sudah mantap dalam ilmu?"- AA al-Farouq

Semua hal yang kita nak lakukan sekarang memerlukan ilmu, memerlukan juga strategi yang mantap. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri setelah tertubuhnya kerajaan Islam di Madinah Baginda SAW membina Masjid dan pasar, hanyalah kerana dua maksud. Yang pertama, pembinaan masjid adalah berikutan fungsi Masjid itu sendiri sebagai pusat pengumpulan masyarakat (pusat pentadbiran) dan yang keduanya, pasar berfungsi sebagaim pusat ekonomi. Pentadbiran dan ekonomi kedua-duanya memerlukan ilmu yang mantap di kalangan rakyat. Memanglah ada tempohnya untuk kita tunggu rakyat mempelajari ilmu, tetapi harus kita ingat jika ilmu dipelajari at last minute (setelah berlakunya revolusi), itu sudah terlambat. Tambah pula kesan buruk akan berlaku ke atas negara dengan parahnya.

Kesimpulannya, didiklah dahulu anak-anakmu dengan ilmu agar mereka dapat mentadbir negara dengan sempurna dan jauh lebih baik daripada pemerintahan yang sebelumnya.

No comments:

Post a Comment