Meh la FOLLOW, tak kan baca saja kot..=)

Saturday, November 24, 2012

Asyura 10 Muharram 1434H

Memanglah menjadi titik sejarah dan tradisi bilamana tiap kali datangnya 10 Muharram setiap tahun, maka masyarakat kita ini memasak bubur asyura sebagai tanda ingatan sejarah pada suatu tika dahulu.
Bubur Asyura

Memeriahkan majlis biarlah tahu adabnya

Bekerjasama

Bekerjasama digalakkan antara perempuan dan lelaki jika hukum agama dijaga

Tiada penatnya jika bersatu padu


Nabi Muhammad SAW mengajarkan (menggalakkan) kita berpuasa sunat pada sebelum 10 Muharram dan pada hari itu sendiri (10 Muharram) atau pada 10 Muharram dan hari selepsnya itu (11 Muharram). Seperti Hadis Nabi SAW:

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

“Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”. (Hadis Riwayat Ahmad)

Jelaslah bahawa puasa sunat 10 Muharram jika dilaksanakan maka digalakkan kepada kita berpuasa tidak seperti kaum Yahudi. Kerana amalan yang sama semacam yahudi adalah tak digalakkan. Sama juga berpuasa sunat di hari yang lain, sunat sahur pada sebelum terbitnya fajar kerana ini membezakan kita (muslim) dengan kaum yahudi dan Nasrani.

Ada juga sejarah yang berkaitan 10 Muharram. Yakni kisah Nabi Musa as terselamat dari kejaran Firaun dan pengikutnya, yaitu Allah mengizinkan Baginda as membelah Laut Merah dan melaluinya tanpa rasa takut dan penuh pengharapan kepada Allah SWT.

Terdapat juga sejarah yang diulang-ulang dan juga menjadi perayaan bagi kaum yahudi sekarang di Gaza (Ziomis Yahudi) yang mana awal Muharram lah mereka mulai membunuh saudara kita di Palestin sana. Masya Allah, sungguh zalim tindakan mereka dan yang menjadi semakin geram adalah mereka (tentera Zionis Yahudi) bergembira atas tindakan mereka. Tambah pula, bilamana ada perjanjian antara mereka dan Hamas, sudah tentu merekalah yang mulai dahulu mencabuli perjanjian tersebut. Dasar yahudi sejarahnya memungkiri janji terhadap Allah SWT. Allah SWT memanjakan mereka sejak dahulu lagi. Diturunkan nabi-nabi dari keturunan mereka tetapi mereka jugalah yang mengingkari dan membantah ajaran nabi-nabi terdahulu. Setelah turunnya Muhammad SAW, lagilah menjadi alasan mereka untuk tidak sertai Nabi SAW mengangkat ISLAM ke atas sekali di dunia ini.

No comments:

Post a Comment