
Gaza sedang menangis di ambang Muharram,
,
Kita gembira di bawah bumbung rumah yang berjuta harganya,
Bukan hanya mereka yang berdepan dengan dugaan,
Tetapi jua kita di sini perlukan sokongan.
Malaysia menari-nari di ambang Muharram,
Disamakan keraiannya seperti HAPPY NEW YEAR,
Tanpa sedar hukumnya HARAM,
Tanpa sedar Gaza sedang menangisi.
Malaysia tanah airku,
Mengapa dibiarkan melarat begini,
Airmata kita di balik kejayaan dan rahmat,
Sedang mereka airmata di balik kesengsaraan dan penindasan.
Tiada lain tiada bukan,
Melainkan doa dan munajat kita untuk mereka.
Inilah gambaran Malaysia hari ini yang leka bilamana mereka (saudara kita di Gaza) sedang diuji dan ditimpas musibah. Beranilah seperti Mesir yang mana terus menyerang kata-kata mereka terhadap musuh Allah SWT, termasuklah jua sukuncu mereka (Amerika) tersebut. Ingat, anda akan ditanya nanti tentang apakah yang anda telah lakukan untuk mereka sebagai tanda bantuan. Ada ke jasa dan pengorbanan kita untuk mereka? Jika tidak pada tenaga kerja, apa pula dengan doa? Qunut Nazilah? dan Tahajud untuk mereka? Inilah mereka harpakan sebelum ini. Berita yang kita tahu sekarang, tentang Mujahidin Palestin yang dikenali sebagai al-Qassam telah pun berkata:
"Kami tak perlu apa-apa dari kamu sekalian (Ummat Islam di luar Palestin) melainkan doa kalian (terhadap kami)"
Rasa kesal lah dalam hati kerana kita masih belum bersedia untuk mereka. Hati kita takut!
No comments:
Post a Comment