Wajarkah kita sebagai student, khususnya student university bergiat
aktif dalam hal POLITIK?
Oleh: Sdr Amir Asyraf Ramli al-Farouq, pelajar.
 |
Siapakah yang akan memegang panji ISLAM ini di saat orang yang berilmu semua keluar berjuang? |
Persoalan ini begitu hangat diperkatakan sehingga isu ini
menjadi akta (AUKU) suatu ketika dahulu, dan Alhamdulillah, oleh kerana isu berPOLITIK
di kalangan pelajar telah dapat difahamkan kepada generasi sekarang dan juga
kerajaan Malaysia sekarang, POLITIK diberi kebebasan kepada pelajar tetapi hanya ada sedikit sahaja lagi syarat-syarat yang wajib pelajar patuhi ketika berPOLITIK. Kadang-kadang kita perlu untuk open minded dalam
hal ini. Ini amat-amat berkaitan dengan situasi seseorang pelajar khususnya Pelajar
University. Kerana kebanyakan mereka (pelajar) masih lagi di tapuk lama (yakni
berpendapat sempit, bahawa pelajar yang walaupun sudah mencapai usia 21 tahun,
mereka tak berhak lagi untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti-aktioviti
POLITIK). Inikah MATANG? Ataukah mereka takut lagi atau mereka tidak mengikuti
perkembangan semasa ataukah mereka ini hanya kenal buku? Di manakah visi yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi
yang mana mereka menyetujui memasykkan aktiviti-aktiviti kokurikulum sebagai
WAJIB oleh setiap pelajar, khususnya pelajar calon SPM yang akan ke university.
Mereka ini perlu bergiat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, kerana mahu
lahirkan pelajar yang produktif, bukan hanya kenal buku dan guru-guru tetapi
juga perelatan-peralatan permainan dan sociality.
Jadi secara
pendapat peribadi, ana sebagai pelajar yang pernah bergiat dalam POLITIK sejak
di bangku sekolah. Dari Darjah 2 sampai sekarang. Disebabkan ana ni orang yang
jenis pantang dicabar berdebat dan tak sukakan apabila PARTI ISLAM dihina
kawan-kawan, maka ana ambil keputusan yang ana ni tak boleh berdiam diri dalam
hal ini, tetapi sekarang ana kurangkan sedikit masa untuk hal yang demikian,
keranaa PELAJARAN harus diutamakan. Ana tak mahu PARTI ISLAM dihina disebabkan
tiada golongan yang berilmu. Di sini pentingnya Fiqh al-Awlawiyat yang mana pelajaran
harus diutamakan, walaupun berPOLITIK ini hukumnya ,mendekati WAJIB. Ana just
nak bagi tips bagaimana mahu jadi pelajar yang proiaktif, otak yang selalu
bergerak kencang dan rileks pada waktu yang sesuai. Otak seorang pelajar amat
terhad jika kita kaji secara purata. Kita ni memiliki otak yang lemah, otak
yang muda lagi, jadi bagaimanakah nak maintainkan cara penggunaan masa dan otak
yang baik dalam hal ini (POLITIK). Jangan selalu fikirkan kelemahan otak,
kerana itu akan melemahkan lagi kekuatan daya pemikiran kita. Jadi, tips yang
pertama adalah kita terima dahulu POLITIK ini dengan hati yang terbuka dan
terbuka, jangan terus nafikan kehadirannya kerana kita harus ingat POLITIK juga
yang akan mematangkan kita dalam arus modenisasi ini. Kita sebagai pelajar
khususnya harus berfikiran optimis dan meluas @ universal, jangan mudah-mudah
menganggap POLITIK ini POLITAIK. POLITIK adalah kata nama yang mana membawa
maksud daya penguasaaan kita terhadap sesuatu (maksud sampingan).
Keduanya, harus
kita ingat Negara kita ini mengamalkan demokrasi yang tak adil yang mana
pelajar yang membantah kerajaan (walaupun
mereka tak menghina kerajaan) dikenakan tindakan yang KERAS, malah ada yang
diarahkan gantung semester sehingga ada yang kena digantung 1taun pengajian.
Jadi, kita harus alert, yang mana kita harus slow down cara luahan kita ni.
Memang tiada keterbukaan di sini tetapi ini adalah PERLU bagi menjaga
kepentingan kita sebagai pelajar juga melainkan Negara kita ni boleh menerima
kehadiran provokasi dari kalangan pelajar university ini.
Ketiganya, harus
kita ingat yang kita ni sekarang adalah pembawa revolusi dalam kalangan orang
yang berilmu. Jadi, jangan sesekali berfikir ‘Tak apa lah, POLITIK ni tak payah cover-cover
(sorok2)…’. Ingat, benda ini yang selalu akan menjatuhkan diri kita, disebabkan otak tersumbat @ banyak benda yang masuk dalam benak fikiran. Haruslah
kita maintainkan setiap pergerakan kita walaupun jika kita di kawasan kampung
dan kawasan kediaman kita, kita lah orang yang kuat dalam PARTI, kita lah JUARA dalam gerakan PARTI. Kena ingat, kita sekarang PELAJAR! Bukan lagi fully pejuang seperti yang lain yang mana
mereka dah pun tamatkan pengajian (bekerja). Mereka tak apalah, dah pun
merdeka. Kita ni masih lagi otak muda
yang perlu kepada buku-buku. Jangan sesekali serabutkan minda dan otak kita
dengan benda-benda yang tak sepatutnya, walaupun ianya tentang POLITIK. Boleh
nak fikir pasal POLITIK, tapi biarlah hal kita yang UTAMA dah pun selesai.
Yakni BELAJAR!
 |
Matlamat untuk mengISLAMkan semua tanah-tanah bumi Allah ini bukan perkara mudah, hanyalah dengan doa dan usaha pengISLAHan generasi dari akar umbi akan membuahkan hasil, insyaAllah. |
p/s: artikel ini bukan provoke dan juga bukan galakan untuk pelajar berPOLITIK tetapi bagi mencerahkan lagi minda anak-anak muda di pengajian.