Meh la FOLLOW, tak kan baca saja kot..=)

Tuesday, April 17, 2012

Bolehkah PELAJAR berPOLITIK?


Wajarkah kita sebagai student, khususnya student university bergiat aktif dalam hal POLITIK?
Oleh: Sdr Amir Asyraf Ramli al-Farouq, pelajar.

Siapakah yang akan memegang panji ISLAM ini
di saat orang yang berilmu semua keluar berjuang?
Persoalan ini begitu hangat diperkatakan sehingga isu ini menjadi akta (AUKU) suatu ketika dahulu, dan Alhamdulillah, oleh kerana isu berPOLITIK di kalangan pelajar telah dapat difahamkan kepada generasi sekarang dan juga kerajaan Malaysia sekarang, POLITIK diberi kebebasan kepada pelajar tetapi hanya ada sedikit sahaja lagi syarat-syarat yang wajib pelajar patuhi ketika berPOLITIK. Kadang-kadang kita perlu untuk open minded dalam hal ini. Ini amat-amat berkaitan dengan situasi seseorang pelajar khususnya Pelajar University. Kerana kebanyakan mereka (pelajar) masih lagi di tapuk lama (yakni berpendapat sempit, bahawa pelajar yang walaupun sudah mencapai usia 21 tahun, mereka tak berhak lagi untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti-aktioviti POLITIK). Inikah MATANG? Ataukah mereka takut lagi atau mereka tidak mengikuti perkembangan semasa ataukah mereka ini hanya kenal buku? Di manakah visi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi yang mana mereka menyetujui memasykkan aktiviti-aktiviti kokurikulum sebagai WAJIB oleh setiap pelajar, khususnya pelajar calon SPM yang akan ke university. Mereka ini perlu bergiat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, kerana mahu lahirkan pelajar yang produktif, bukan hanya kenal buku dan guru-guru tetapi juga perelatan-peralatan permainan dan sociality.
      Jadi secara pendapat peribadi, ana sebagai pelajar yang pernah bergiat dalam POLITIK sejak di bangku sekolah. Dari Darjah 2 sampai sekarang. Disebabkan ana ni orang yang jenis pantang dicabar berdebat dan tak sukakan apabila PARTI ISLAM dihina kawan-kawan, maka ana ambil keputusan yang ana ni tak boleh berdiam diri dalam hal ini, tetapi sekarang ana kurangkan sedikit masa untuk hal yang demikian, keranaa PELAJARAN harus diutamakan. Ana tak mahu PARTI ISLAM dihina disebabkan tiada golongan yang berilmu. Di sini pentingnya Fiqh al-Awlawiyat yang mana pelajaran harus diutamakan, walaupun berPOLITIK ini hukumnya ,mendekati WAJIB. Ana just nak bagi tips bagaimana mahu jadi pelajar yang proiaktif, otak yang selalu bergerak kencang dan rileks pada waktu yang sesuai. Otak seorang pelajar amat terhad jika kita kaji secara purata. Kita ni memiliki otak yang lemah, otak yang muda lagi, jadi bagaimanakah nak maintainkan cara penggunaan masa dan otak yang baik dalam hal ini (POLITIK). Jangan selalu fikirkan kelemahan otak, kerana itu akan melemahkan lagi kekuatan daya pemikiran kita. Jadi, tips yang pertama adalah kita terima dahulu POLITIK ini dengan hati yang terbuka dan terbuka, jangan terus nafikan kehadirannya kerana kita harus ingat POLITIK juga yang akan mematangkan kita dalam arus modenisasi ini. Kita sebagai pelajar khususnya harus berfikiran optimis dan meluas @ universal, jangan mudah-mudah menganggap POLITIK ini POLITAIK. POLITIK adalah kata nama yang mana membawa maksud daya penguasaaan kita terhadap sesuatu (maksud sampingan).
      Keduanya, harus kita ingat Negara kita ini mengamalkan demokrasi yang tak adil yang mana pelajar  yang membantah kerajaan (walaupun mereka tak menghina kerajaan) dikenakan tindakan yang KERAS, malah ada yang diarahkan gantung semester sehingga ada yang kena digantung 1taun pengajian. Jadi, kita harus alert, yang mana kita harus slow down cara luahan kita ni. Memang tiada keterbukaan di sini tetapi ini adalah PERLU bagi menjaga kepentingan kita sebagai pelajar juga melainkan Negara kita ni boleh menerima kehadiran provokasi dari kalangan pelajar university ini.
      Ketiganya, harus kita ingat yang kita ni sekarang adalah pembawa revolusi dalam kalangan orang yang berilmu. Jadi, jangan sesekali berfikir  ‘Tak apa lah, POLITIK ni tak payah cover-cover (sorok2)…’. Ingat, benda ini yang selalu akan menjatuhkan diri kita, disebabkan otak tersumbat @ banyak benda yang masuk dalam benak fikiran. Haruslah kita maintainkan setiap pergerakan kita walaupun jika kita di kawasan kampung dan kawasan kediaman kita, kita lah orang yang kuat dalam PARTI, kita lah JUARA dalam gerakan PARTI. Kena ingat, kita sekarang PELAJAR! Bukan lagi fully pejuang seperti yang lain yang mana mereka dah pun tamatkan pengajian (bekerja). Mereka tak apalah, dah pun merdeka. Kita ni masih  lagi otak muda yang perlu kepada buku-buku. Jangan sesekali serabutkan minda dan otak kita dengan benda-benda yang tak sepatutnya, walaupun ianya tentang POLITIK. Boleh nak fikir pasal POLITIK, tapi biarlah hal kita yang UTAMA dah pun selesai. Yakni BELAJAR!


Matlamat untuk mengISLAMkan semua tanah-tanah bumi Allah ini
bukan perkara mudah, hanyalah dengan doa dan usaha pengISLAHan generasi dari
akar umbi akan membuahkan hasil, insyaAllah.
p/s: artikel ini bukan provoke dan juga bukan galakan untuk pelajar berPOLITIK tetapi bagi mencerahkan lagi minda anak-anak muda di pengajian.

No comments:

Post a Comment