![]() |
Inilah hakikatnya. Alhamdulillah, kini kaum yang bukan beragama Islam sudah tertarik dengan perjuangan ISLAM. |
Inilah realiti kehidupan sekarang yang mana masing-masing (yang bukan ISLAM) sudah tertarik dengan keindahan ISLAM. Bahkan ada yang mengatakan bahawa ALLAH itu Tuhannya juga (walhal pada ketika itu dia menyembah patung-patung, berhala-berhala dam pokok-pokok). Hal ini kerana mereka sudah dapat memahami pa itu ISLAM, cuma mereka ini tak nampak lagi HIDAYAHnya. Orang bukan ISLAM sebegini harus kita lindungi kerana mereka menyokong kita (dalam tertegaknya ISLAM), bukan sesetengah antara kita ynag solat lima waktu, berpuasa, zakat dan haji tetapi melawan ALLAH (dalam erti kata tidak mahu melihat ISLAM tertegak di atas muka bumi ini dengan kalimah "LA'ILAHA'ILLALLAH").

Terbukti satu lagi keagungan Allah terhadapa hamba-hambaNya tentang ISLAM. Contohnya yang berlaku baru-baru ini tentang kata-kata yang dinukilkan oleh KETUA MENTERI Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau dengan bangganya menyatakan bahawa beliau akan mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz dalam sistem pentadbiran negeri Pulau Pinang. Itulah menunjukkan ISLAM itu indah, sesiapa sahaja yang berfikir dan mengkaji apa itu ISLAM yang sebenar, maka dia akan menerima menyataan bahawa ISLAM itulah ajaran yang sebenar walau dia tetap dengan prinsipnya (menyembah berhala). Dalam al-Quran sendiri mengatakan bahawa apabila ditanya kepada kafiriin, siapakah Tuhanmu yang menciptakan alam ini?, nescaya mereka akan menjawab "Allah".
No comments:
Post a Comment