Meh la FOLLOW, tak kan baca saja kot..=)

Thursday, April 12, 2012

Doakanlah jiran tetanggamu jua dalam doamu selepas wirid solat Fardhu

Wahai sahabat, tidakkah kamu merasaka doa terhadap mereka (jiran tetangga) itu adalah tindakan yang mulia? Tidakkah kalian menitikberatkan hal ini? Ayuh sahabat, kurangkanlah egomu itu akan hal ini, doalah juga kesejahteraan untuk mereka agar mereka merasakan kebahagiaan yang sama seperti di syurga walaupun di Syurga nanti jauh lebih bahagia. Tika mana kamu dibangkitkan oleh Allah SWT di akhirat (hari Perkiraan) nanti, Allah akan tanya padamu, "Apakah kamu sudah laksanakan tunaimu pada jiranmu?", apakah kalian nak jawab?Atau kalian mahu Allah SWT pada ketika itu menghentam dan mencampak kamu ke dalam neraka-Nya?

Doakanlah mereka (jiran tetangga) dalam  setiap kali
tadahan doamu.
Ayuh sahabat, doakanlah mereka. Ini jelas terbukti bahawa di kalangan kita, hanya beberapa yang doakan jiran tetangga kita, terserlah lagi yang jelas menurut research yang dibuat Dr Fadhilah kamsah dalam slot motivasinya mengatakan bahawa majoriti antara kita tidak mendoakan kesejahteraan jiran tetangga kita di akhir wirid solat kita, mahupun di luar wirid solat. Oleh sebab itulah kita dapat merasakan satu kepincangan yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Tidak makmur silaturrahimnya. Tidak sejahtera hidupnya. Tidak aman jiwanya. Bilangan orang gila semakin meningkat. Pelajar yang bunuh diri berlaku. Hidup sesak (miskin) atas sebab tekanan hidup. Kes perceraian meningkat. Anak luar nikah (tidak sah taraf) meningkat, bahkan dibina pula rumah-rumah bagi membela mereka sebagai tempat perlindungan. Adakah kalian tidak memikirkan inilah bala Allah SWT timpakan kepada kita. Bala tak semestinya melalui tentera Allah (Malaikat, angin *ribut taufan*, air *tsunami*, n etc), tetapi juga melalui kes-kes jenayah meningkat. Inilah yang mana Allah mengazabkan bumi yang angka jenayahnya meningkat. Allah menimpa bala bencana tidak memilih rumah mana yang terselamat, tetapi bala Allah SWT bersifat menyeluruh, seluruh kawasan yang Allah SWT mahukan, takutlah wahai sahabatku. Doakan jiran tetanggamu=)

No comments:

Post a Comment