Meh la FOLLOW, tak kan baca saja kot..=)

Monday, April 30, 2012

Sayu Hati di bawah awan yang mendung tika dalam BERSIH 3.0, 28hb April 2012

Bercerita tentang PERJUANGAN, memang tak akan habis tetapi di sini disisirkan dengan cerita sayu BERSIH 3.0 sebagai renungan bersama. Bacalah...

Kereta POLIS yang diterbalikkan disebabkan ada orang
di bawah kereta ketika rempuhan kereta POLIS berlaku.
KUALA LUMPUR-Bermula detik jam ~4.22 pm, dentuman yang tak kurang jauhnya dari seorang peserta BERSIH 3.0 kedengaran dan laungan takbir dan REFORMASI oleh peserta BERSIH 3.0, kira-kira 800m dari telinga yang sihat tersebut. Genggaman tangan seorang peserta dengan sebiji batu pada awalnya berniat untuk dilontarkan kepada kereta POLIS tersebut akan tetapi genggaman tangan terlucut dengan sendirinya tanpa niat (Batu itu digunakan untuk lontar jika kereta POLIS tersebut melalui di depan ana, takot dia rempuh peserta ini *sungguh biadap dan BODOH tindakan kereta POLIS tersebut- kerana pandu dengan laju dan tak mengira sesiapa sahaja yang lalui di hadapannya)

Salah siapa? Mereka terbang macam sampah...
Susana semakin haru biru yang teramat, riuh sehingga kedengaran laungan REFORMASI seperti ngauman anak-anak Palestin, di bumi suci itu. Sungguh sayu hati peserta tersebut hingga beliau tidak sanggup dan tak tergamak untuk melihat dengan mata kepala sendiri walau dalam hatinya masih tersusuk dengan perasaan geram yang teramat. Kedengaran tangisan dari si ayah (seorang lelaki berpakaian putih berkolar) mengatakan, "Mati dah orang tuh...huuuu huuuu huuuu". Tangisan tersebut lagi membuatkan seorang peserta ini terasa menyentuh bagaikan beliau pada ketika itu berada di Palestin. Sebak hati beliau setelah ditambah lagi dengan tangisan seorang ibu (seorang perempuan bertudung merah). O' Allah, is it real or not? Itulah hakikatnya, sudah pun berlaku kezaliman walau itu dianggap perbuatan yang tak sengaja oleh seorang anggota POLIS tersebut (pemandu kereta POLIS) ketika ditemu ramah oleh wartawan akhbar di sebuah hospital.

Bukan itu sahaja suasana sayu tersebut, bahkan ditambah oleh suara tangisan trauma oleh seorang wanita yang kuat berpaut lengan suaminya,"Huuuu huuuu huuuu huuuu...". Si dia ini (seorang peserta BERSIH 3.0 tadi) hanya mampu berbicara dengan sebak, "Banguuun...banguuun...Bawa mengucap, bawa mengucap...". Akhirnya dia dibawa ke tepi dengan menariknya dengan perlahan, hanya beberapa kaki anak wanita ini berjalan dengan separa berdiri kerana trauma. Sungguh sebak hati tersebut. Terasa seperti suasana di Palestin. O' Allah is it real or not? Begitulah halnya yang berlaku di depan mata seorang peserta BERSIH 3.0. Cerita ini bukan rekaan semata-mata. Ini berpandukan seorang saksi (seorang peserta BERSIH 3.0) yang melihat kejadian tersebut kira-kira 800m dari sepasang mata beliau (identitinya beliau pohon untuk dirahsiakan). <sebarkan cerita ini agar mereka juga akan dapat manfaat dan rasa penyesalan di kalangan anggota POLIS yang lain> Wallahu'alam.

Suasana di luar kawasan kejadian:


Harapan rakyat 28hb April



Suasana BERSIH 3.0, dianggarkan lebih setengah juta peserta
yang hadir



Suasana 1km dari Masjid India, KL

No comments:

Post a Comment